suria

ATM Kekal Dalam Liga Perdana 2017

Pemain-pemain ATM maraikan jaringan kemenangan ketika menentang Sime Darby FC pada Perlawanan Liga Perdana musim 2016.

KUALA LUMPUR: Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan penyertaan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Perdana 2017, menggantikan pasukan kelab, KL DRB-Hicom.

FMLLP telah mengusulkan pertimbangan dan kelulusan melalui resolusi kepada Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dan seterusnya memutuskan bahawa ATM yang menduduki tangga ke-11 kekal dalam saingan Liga Perdana 2017.

"Oleh yang demikian, pasukan ATM dikehendaki membuat pengesahan penyertaan secara rasmi kepada FMLLP pada atau sebelum pukul lima petang, 9 Disember ini," kata FMLLP dalam  kenyataan pada Khamis.

Kekosongan slot Liga Perdana itu berikutan KL DRB-Hicom, pasukan yang berpangkalan di Stadium Proton, Tanjung Malim, menarik diri kerana masalah kewangan yang menjadi penghalang utama mereka untuk terus kekal beraksi dalamliga berkenaan.

Sebagai rekod, pasukan yang diberi jolokan 'The Great Bees' itu menamatkankempen musim ini di tangga ketujuh liga selepas merekodkan lapan kemenangan, lima seri dan sembilan kekalahan sepanjang 22 perlawanan liga.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan sama seperti tahun lalu di mana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melulus dan mengekalkan penyertaan Kuala Lumpur yang berada di tangga ke-11 Liga Perdana 2015 untuk bersaing pada Liga Perdana 2016.-Bernama

ATM, Liga perdana, FMLLP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kami Layak Diejek - Wenger

Artikel Lain