suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cavani Terima Kad Kuning Demi Hormati Tragedi Chapecoense

Cavani dilayangkan kad kuning kerana membuka baju demi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi Chapecoense. - Ihsan Mirror.uk

PARIS: Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani menerima kad kuning gara-gara memberi penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat terhempas yang mengorbankan hampir kesemua pemain kelab Brazil, Chapecoense di Colombia.

Cavani menjaringkan gol daripada sepakan penalti selepas rakan sepasukannya, Hatem Ben Arfa dijatuhkan oleh pertahanan Angers, Romain Thomas.

Namun tindakan penyerang berusia 29 tahun itu membuka baju untuk mempamerkan mesej yang tertera pada lapisan baju kedua mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning.

Mesej tersebut tertera logo kelab Chapecoense dan perkataan "Fuerza" yang bermaksud semangat sebagai menyatakan simpati terhadap mangsa tragedi Chapecoense tetapi berdasarkan peraturan Fifa, pemain dilarang membuka baju ketika meraikan gol.

Bagaimanapun tindakan pengadil perlawanan, Frank Schneider melayangkan kad kuning kepada pemain Uruguay itu ternyata mengundang kemarahan dalam kalangan pengguna laman sosial yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak wajar.

Selepas perlawanan, Cavani menyatakan sokongannya terhadap kelab Brazil itu menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter.

Dalam perlawanan tersebut, PSG menang dengan keputusan 2-0, sekali gus melonjak ke tangga kedua Ligue 1, satu mata di belakang pendahulu, Nice.

Edinson Cavani, Chapecoense

Artikel Sebelum

Kami Layak Diejek - Wenger

Artikel Lain