suria

Liverpool Hadapi 'Boxing Day' Tanpa Coutinho

LIVERPOOL mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Philippe Coutinho sehingga awal tahun depan selepas pemain Brazil itu mengalami kecederaan buku lali ketika menang ke atas Sunderland pada Sabtu lalu.

Coutinho akan menjalani pemeriksaan lanjut pada Isnin bagi memastikan tahap kecederaannya selepas bertembung dengan pemain Sunderland, Didier Ndong dalam perlawanan tersebut.

Meskipun pemeriksaan awal mendapati Coutinho tidak mengalami keretakan tulang, tetapi pemain berusia 24 tahun itu mungkin perlu berehat panjang kerana mengalami kecederaan ligamen koyak.


Berita kecederaan Coutinho bakal memeningkan pengendali Liverpool, Jergen Klopp bagi menghadapi 'boxing day' untuk menempuh enam perlawanan liga termasuk menentang musuh setempat, Everton dan skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City.

Bagaimanapun Klopp menerima khabar gembira berhubung penyerang harapannya, Roberto Firmino yang dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, seorang lagi penyerang, Daniel Sturridge masih belum cergas untuk menyambung latihan disebabkan kecederaan betis manakala bintang tengah England, Adam Lallana semakin pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Artikel Berikut

Artikel Lain