suria

Rooney Pertimbang Larangan Gambar Dengan Peminat

Wayne Rooney. Foto EPA

WAYNE Rooney sedang mempertimbangkan larangan terhadap permintaan bergambar daripada peminatnya selepas kontroversi tetamu di majlis perkahwinan menjual gambar-gambar bintang Manchester United itu kepada akhbar.

Pemain berusia 31 tahun itu kini menjadi buruan media selepas gambar beliau dirakamkan dalam keadaan mabuk di Hotel The Grove di Hertfordshire awal bulan ini.

Gambar buruk beliau disiarkan di akhbar The Sun, sehingga kontroversi itu boleh menggugat kedudukannya sebagai kapten pasukan England.

Sehubungan itu, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengenakan polisi untuk bergambar bersama para peminatnya.

Ejennya, Paul Stretford memberitahu The Mirror: "Tidak dinafikan kesannya adalah Wayne perlu menangani keadaan yang berlaku, ini bermakna kami perlu mengkaji semula keadaan dia di khalayak.

"Wayne sentiasa terbuka untuk bersetuju bergambar di khalayak dan selesa sebagai orang biasa apabila bersama orang awam.

"Bagaimanapun, walaupun 99.9 peratus mereka yang mendekati Wayne berniat baik, tetapi malangnya terdapat minoriti yang mempunyai agenda mereka untuk bergambar bersamanya dengan niat yang tidak baik." - Mail Online



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain