suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tundukkan Tottenham 2-1

Aksi pemain Diego Costa dan Pedro selepas rakan pasukan, Victor Moses menjaringkan gol kedua buat Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stamford Bridge, awal pagi Sabtu. Foto Reuters

CHELSEA menewaskan Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Sabtu.

Tampil di Stadium Stamford Bridge, Chelsea meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan Mauricio Pochettino.

Dua gol pasukan Antonio Conte merupakan hasil jaringan Pedro Rodriguez dan Victor Moses, masing-masing pada minit ke-45 dan 51'.

Gol tunggal Tottenham Hotspur diraih Christian Eriksen pada minit ke-11.

Kekalahan itu merupakan kali pertama buat Tottenham Hotspur pada musim ini.

Pasukan tersebut sering meraih mata dalam 11 perlawanan terdahulu.

Chelsea menduduki tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris dengan 31 mata, mengungguli lebihan satu mata berbanding Liverpool dan Manchester City pada kedudukan kedua dan ketiga.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain