suria

GP Abu Dhabi: Hamilton Kuasai Petak Pertama

Pusingan kelayakan dimenangi Hamilton (tengah), Rosberg (kiri) dan ketiga Ricciardo.

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton menguasai petak pertama perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi selepas mencatat masa terpantas 1:38:755 saat pada pusingan kelayakan di Litar Yas Marina, Sabtu malam.

Keputusan tersebut mengukuhkan lagi keyakinan pelumba Britain itu bagi perebutan terakhir untuk gelaran dunia bersama rakan sepasukannya, Nico Rosberg yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 1:40:511s, manakala pelumba Red Bull Racing Daniel Ricciardo di kedudukan ketiga.

Hamilton yang merupakan juara dunia tiga kali, kini berdepan dengan saingan sukar apabila ketinggalan 12 mata daripada Rosberg yang berada di kedudukan teratas keseluruhan pelumba.

Keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba:


1. Lewis Hamilton MERCEDES 1:38.755

2.Nico Rosberg MERCEDES 1:39.058

3. Daniel Ricciardo RED BULL RACING 1:39.589

4.Kimi Räikkönen FERRARI 1:39.604

5.Sebastian Vettel FERRARI 1:39.661

6.Max Verstappen RED BULL RACING 1:39.818

7. Nico Hulkenberg FORCE INDIA 1:40.501

8. Sergio Perez FORCE INDIA 1:40.519

9. Fernando Alonso MCLAREN HONDA 1:41.106

10. Felipe Massa WILLIAMS MERCEDES 1:41.213

11.Valtteri Bottas WILLIAMS MERCEDES 1:41.084

12.Jenson Button MCLAREN HONDA 1:41.272

13.Esteban Gutierrez HAAS FERRARI 1:41.480

14. Romain Grosjean HAAS FERRARI 1:41.564

15. Jolyon Palmer RENAULT 1:41.820

16. Pascal Wehrlein MRT MERCEDES 1:41.995

17. Daniil Kvyat TORO ROSSO FERRARI 1:42.003

18. Kevin Magnussen RENAULT 1:42.142

19. Felipe Nasr SAUBER FERRARI 1:42.247

20. Esteban Ocon MRT MERCEDES 1:42.286

21. Carlos Sainz TORO ROSSO FERRARI 1:42.393

22. Marcus Ericsson SAUBER FERRARI 1:42.637

GP Abu Dhabi, Lewis Hamilton

Artikel Lain