suria

Pendakwa Raya Sepanyol Mahu Neymar Dipenjara Dua Tahun

Neymar.

PENDAKWA raya Sepanyol mahu bintang Barcelona, Neymar dipenjara selama dua tahun kerana terlibat dalam kes rasuah berkaitan perpindahannya dari Santosa ke Nou Camp pada 2013.

Hakim Jose Perals turut menuntut hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Presiden Barca, Sandro Rosell dan denda 7.1 juta pound terhadap kelab gergasi Sepanyol itu.

Namun beliau menggesa pertuduhan terhadap Presiden Josep Maria Bartomeu digugurkan.

Kes itu berpunca daripada aduan kumpulan pelaburan Brazil, DIS yang memiliki 40 peratus hak terhadap perpindahan penyerang Brazil itu.

Mereka mendakwa tidak menerima bayaran dengan nilai sebenar yang sepatutnya daripada Barca.

Barca berdepan tindakan undang-undang berhubung perpindahan Neymar sejak 2013.

Rosell meletak jawatan sebagai presiden Barca pada 2014 kerana kontroversi berkaitan peranannya dalam urusan perpindahan tersebut.

Dia turut dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada Februari lalu bersama Bartomeu, Neymar dan bapa pemain itu.

Altamiro Bezerra, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Neymar berkata mereka dalam keadaan tenang kerana tiada perkembangan terbaharu.

"... ia (kes itu) telah difailkan, dan kini Kementerian Awam perlu membentangkan sebab baharu untuk menunjukkan mengapa ia meminta kes itu dibuka semula dan bukti terbaharu, dan kemudian menggesa hukuman diberikan. Ini kes lama," katanya.






Neymar, Barcelona

Artikel Berikut

FAM Putus Tak Tarik Diri

Artikel Lain