suria

Harimau Malaysia Tunduk 0-1 Kepada Vietnam

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam dalam aksi Kumpulan B pada saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, petang Rabu.

Permainan seimbang dan lebih berhati-hati dipamerkan kedua-dua pasukan menyaksikan separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan gol.

Bagaimanapun pada babak kedua, Vietnam tampil lebih pantas dengan dengan corak hantaran pendek yang memudahkan mereka melepasi benteng pertahanan negara.

Malah pada 45 minit terakhir itu kelihatan pemain-pemain negara hilang kawalan emosi apabila keseluruhannya enam kad kuning dilayangkan berbanding hanya satu dari pemain Vietnam.

Tekanan pada minit terakhir semakin jelas apabila benteng pertahanan makin hilang fokus dan gagal melakukan 'clearance' bola lebih baik sehingga asakan bertubi-tubi ke arah penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat dan akhirnya gol pertama diraih gol pada minit ke-80 menerusi Nguyen Trong Huang.

Pun begitu, usaha minit-minit terakhir skuad Datuk Ong Kim Swee ini gagal membuahkan sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia bakal neneruskan perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah, Myanmar Sabtu ini sebelum mengesahkan peluang ke separuh akhir.

Senarai pemain:

MALAYSIA - Khairul Fahmi Che Mat, Matthew Davies, Shahrul Mohd Saad, Muhd Shahrom Abdul Kalam, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Ronny Harun, Baddrol Bakhtiar (Darren Lok), Ahmad Fakri Saarani (S. Veenod), Mohd Syazwan Zainon (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak), Mohd Amri Yahyah (captain), Ahmad Hazwan Bakri.

VIETNAM - Tran Nguyen Manh, Au Van Hoan, Truong Dinh Luat, Que Ngoc Hai, Vu Van Thanh, Ngo Hoang Thinh, Nguyen Trong Hoang, Luong Xuan Truong, Dinh Thanh Trung (Pham Thanh Luong), Le Cong Vinh (captain), Nguyen Van Quyet (Nguyen Cong Phuong).

Pengadil: Kurbanov Charymurat (Turkmenistan)
Piala AFF Suzuki, Vietnam, Myanmar

Artikel Sebelum

Artikel Lain