suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filipina Hidupkan Semula Impian Ke Separuh Akhir

Pemain Filipina, Misagh Bahadoran (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

YANGON: Tuan rumah bersama, Filipina menghidupkan semula impian untuk layak ke separuh akhir setelah seri 2-2 dengan Indonesia dalam aksi kedua Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Sukan Filipina  di Bulacan, Filipina pada Selasa.

Dalam perlawanan itu, Indonesia memecah kebuntuan seawal minit keenam selepas Fachruddin Aryanto menanduk masuk hantaran daripada sepakan percuma Stefano Lilipaly tetapi Filipina atau dikenali sebagai "Azkals" menyamakan kedudukan menerusi Misagh Bahadoran pada minit ke-31 dan kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua, Indonesia mendahului menerusi tendangan Boas Salossa pada minit ke-68 sebelum Philip Younghusband menyelamatkan tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-82.

Filipina akan bertemu juara bertahan, Thailand dalam perlawanan akhir kumpulan di padang yang sama manakala Indonesia berhadapan dengan Singapura di Rizal Memorial Stadium.

Kedua-dua perlawanan berlangsung Jumaat ini.

Terdahulu, Thailand menempah tempat ke separuh akhir selepas mendapat kemenangan kedua dengan menewaskan Singapura 1-0. - BERNAMA

Filipina, Piala AFF Suzuki

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain