suria

Gol Faiz Subri Disenarai 10 Terbaik Dunia

PETALING JAYA: Gol sepakan percuma knuckleball pemain tengah skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

Perkara itu kongsikan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menerusi laman Facebooknya, FA Penang pada malam Isnin.

"Sah!. Gol jaringan Faiz Subri telah tersenarai bersama sembilan lagi jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Tahniah," tulis pasukan itu.

Pasukan tersebut turut memuat naik pautan untuk mengundi calon tunggal dari Malaysia itu. (http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html)

Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

Mohd Faiz Subri.

Beliau turut dicabar Mario Gaspar (Sepanyol), Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Saul Nigue (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela), Simon Skrabb (Finlad).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar surat untuk mencadangkan kepada Fifa agar gol unik pemain berusia 29 tahun itu yang dijaringkan menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter pada minit ke-62 perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas 2016.

Pada 17 Mac lalu,  FAM memaklumkan bahawa mereka menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Fenomena sepakan ajaib Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Malahan ada yang mendakwa sepakan lencong Faiz Subri itu lebih hebat berbanding pemain lagenda, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Mohd Faiz Subri, Puskas 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain