suria

Media Tidak Hormat Saya - Mourinho

JOSE Mourinho mendakwa pengamal media lebih menghormati Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berbanding dirinya.

"Malam ini merupakan pertembungan antara dua pengurus terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

"Adakah kami dihormati apabila keputusan pasukan yang kami bimbing tidak bagus? Wenger mendapat penghormatan sebegitu.

"Saya tidak fikir dapat penghormatan sepertinya walaupun kali terakhir saya mengemudi kelab menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris 18 bulan yang lalu dan bukannya 18 tahun," katanya dalam nada sinis.

Mourinho yang juga bekas Pengurus Chelsea dikritik di atas layanannya terhadap pemain pertahanan, Chris Smalling dan Luke Shaw yang dikatakan sepatutnya terus beraksi walaupun cedera ketika menundukkan Swanse 3-1 awal bulan lalu.

"Mungkin ia silap saya kerana saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pemain saya.

"Saya pernah menang di empat negara berbeza. Saya menang di Eropah. Saya sentiasa menang pada musim pertama atau kedua, jadi tiada siapa berkata 'mari kita tengok jika dia boleh menang bersama Manchester United pada musim ketiga'.

"Saya mahu menjadi juara di setiap kelab yang saya pimpin. Saya mahu berbuat demikian di Old Trafford," katanya.





Artikel Sebelum

Presiden FAM: PM Pujuk TMJ

Artikel Berikut

Artikel Lain