suria

Lagi Hubungan Sulit Lin Dan Terbongkar

Lin Dan bersama isteri dan anak lelakinya.

SELEPAS hubungan sulitnya dengan seorang model terbongkar, bintang badminton China, Lin Dan dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang lagi wanita ketika isterinya Xie Xingfang sedang mengandung anak pertama mereka, lapor Sin Chew Daily.

Memetik laporan sebuah laman web hiburan Quan Ming Xing Tan, akhbar tersebut mendakwa Lin Dan turut mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain badminton di sebuah universiti di Beijing.

Wanita itu yang dikenal pasti sebagai Li Zhi dipercayai memadam banyak gambar dan tulisannya di Weibo termasuk gambar bersama Lin Dan baru-baru ini.

Lin Dan yang bergelar bapa dua minggu lalu memohon maaf kerana menipu isterinya beberapa jam selepas hubungan sulitnya didedahkan secara dalam talian.

Beliau yang terkenal dengan jolokan 'Super Dan' di China merupakan satu-satu pemain lelaki tunggal yang mempertahankan kejuaraan di temasya Olimpik pada 2008 dan 2012.

Malah Lin Dan juga merupakan pemain perseorangan yang merekodkan lima kemenangan pada Kejuaraan Dunia antara tahun 2006 dan 2013.
Lin Dan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain