suria

Piala Dunia 2018: Belotti Cemerlang, Itali Masih Di Belakang Sepanyol

Andrea Belotti
PENYERANG muda pasukan Itali, Andrea Belotti, sekali lagi menunjukkan kehebatannya dengan membawa pasukannya meraih kemenangan 4-0 ke atas Liechtenstein dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

Belotti yang berusia 22 tahun itu menjadi bintang dengan menyumbat masuk dua gol dalam pertandingan di Stadium Rheinpark, Vaduz.

Ini bermakna dia telah menyumbangkan tiga gol untuk pasukan kebangsaan Itali, hanya dalam empat pertandingan.

Gol yang cukup bermakna untuk Itali dibuat ketika pasukan itu menundukkan Macedonia 3-2, pada 9 Oktober lalu, juga dalam kelayakan Piala Dunia 2018.


Dalam Serie A, pada musim ini dia telah meledakkan lapan gol dalam 10 aksinya untuk Torino.

Itali juga sudah menunjukkan dominasi mereka dengan menghasilkan dua gol dalam jarak satu minit.

Belotti membuka kemenangan pasukannya menerusi gol pada minit ke-11 setelah menyambut umpan Alessio Romagnoli.


Hanya satu minit kemudian, giliran Ciro Immobile pula mencipta gol dan Bellotti melakukan assist untuk membawa kedudukan 2-0.

Selang 20 minit, pasukan Giampiero Ventura kembali membolosi gawang lawan melalui aksi Antonio Candreva.

Belotti sekali lagi menjaringkan pada minit ke-44.

Walaupun Itali dan Sepanyol sama-sama meraih 10 mata, Itali harus berpuas hati di posisi kedua Kumpulan G kerana perbezaan gol.

Dalam empat perlawanan, Sepanyol mengumpul 15 gol dan sekali bolos.

Sementara Itali menghasilkan 11 gol dan empat kali dibolosi lawan.
Andrea Belotti, Piala Dunia 2018

Artikel Lain