suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia 2018: Mitrovic Sekat Kemenangan Wales Pada Saat Akhir

Pemain pasukan Serbia meraikan gol penyamaan Mitrovic yang dibuat pada minit ke-85. -fotoREUTERS
PENYERANG Serbia, Aleksandar Mitrovic menyelamatkan pasukannya daripada kalah apabila meledakkan gol menjelang akhir babak kedua dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Wales, awal pagi Ahad.

Serbia mengikat kedudukan seri 1-1 dengan Wales di Stadium Cardiff City.

Mitrovic yang bermain untuk kelab Newcastle United menyumbat gol dengan tandukan apabila mendapat umpan silang Antonio Rukavina ketika pertandingan berbaki lima minit.

Sebelum itu, Wales berjaya mendahului 1-0 di mana sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti dilepaskan oleh Gareth Bale pada minit ke-30.

Dengan keputusan seri ini, ia tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan.

Serbia berada di posisi kedua dengan lapan mata sementara Wales di posisi ketiga dengan enam mata.



Susunan pemain:

Wales (4-4-2): Hennessey, Gunter, Chester, Williams, Taylor, Allen, Ledley, Bale, Ramsey, Vokes, Robson-Kanu.

Serbia (5-4-1): Stojkovic, Rukavina, Ivanovic, Maksimovic, Nastasic, Obradovic, Tadic, Matic, Milivojevic, Kostic, Mitrovic.

Artikel Berikut

Artikel Lain