suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southgate Panggil Wayne Rooney Berdepan Scotland

Wayne Rooney ketika menjalani sesi latihan bersama pasukan England di St. George’s Park, Khamis. -fotoREUTERS
WAYNE Rooney akan dimasukkan semula dalam kesebelasan utama pasukan England sebagai kapten bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Scotland, Sabtu.


Kapten pasukan Manchester United itu telah digugurkan oleh pengurus sementara, Gareth Southgate apabila skuad bimbingannya seri tanpa jaringan di Slovenia pada Oktober, walaupun dia hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.


Walau bagaimanapun, dengan kekurangan penyerang dan pemain Dele Alli mempunyai potensi tidak dapat bermain kerana kecederaan, Southgate telah membuat keputusan memanggil semula pemain berusia 31 tahun itu.

"Wayne akan menjadi kapten," kata Southgate.

"Ia adalah satu keputusan yang mudah. Dia berada di kedudukan lebih baik berbanding sebelum ini dari segi kemahiran dan keyakinannya, dan saya fikir dia adalah seorang pemain yang berpengalaman untuk permainan seperti ini.

"Dia bermain dengan baik. Dia telah bermain untuk beberapa perlawanan terakhir bersama Manchester United dan dapat membantu dalam permainan apabila dia mendapat rentaknya.


"Jadi dia ada keyakinan dan saya fikir pengalaman, dalam permainan seperti ini adalah penting. Ini adalah sebuah pasukan yang mempunyai banyak tenaga dan berpotensi, tetapi ia juga memerlukan pengalaman bersamanya."

England mendahului Kumpulan F dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, dengan Scotland berada di tempat keempat berikutan kekalahan besar 3-0 kepada Slovakia pada perlawanan terakhir mereka.

The Three Lions juga akan menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan di Wembley.

Artikel Sebelum

Jadual Kelayakan Piala Dunia 2018

Artikel Berikut

Artikel Lain