suria

Mourinho Dilapor Sasar Mesut Ozil

Mesut Ozil
MESUT Ozil dilaporkan menjadi sasaran terbaharu pengurus Manchester United Jose Mourinho.

Pemain Arsenal itu kini masih berada di bawah kontrak dengan The Gunners sehingga 2018.

Memandangkan pemain Jerman ini belum bersetuju dengan perjanjian baharu untuk terus bersama kelab utara London itu, United dikatakan bersedia untuk membuat satu langkah perpindahan untuknya, memetik The Sun.

Ozil sudah menjadi pemain dengan sumber pendapatan tertinggi di kelab itu, menerima £180,000 seminggu dan untuk perjanjian baharu, dia difahamkan mahukan gaji lebih tinggi, iaitu melebihi tambahan £20,000 seminggu seperti yang telah ditawarkan kelab.


Laporan itu mencadangkan Ozil dan Jose Mourinho mempunyai hubungan yang baik selepas mereka bersama di Real Madrid yang menyaksikan kelab itu memenangi La Liga pada tahun 2012.

Mourinho pernah memuji pemain tengah ini, dan dilaporkan dalam The Guardian sebagai berkata bahawa: "Ozil adalah unik. Tiada yang serupa dengannya. Tidak, walaupun untuk yang tidak baik."


Walau bagaimanapun, United menerima hakikat bahawa mereka tidak dapat mengambilnya dari Emirates pada Januari lalu, tetapi mereka bersedia untuk mendapatkan tandatangan Ozil jika dia gagal untuk bersetuju dengan perjanjian baharu pada akhir musim panas.


Disebabkan pemain tengah itu gembira di Arsenal, The Gunners mungkin perlu memenuhi permintaannya untuk menghentikannya daripada 'terpikat' dengan prospek penyatuan semula dengan Mourinho.


United mungkin dapat memenuhi permintaan Ozil dengan tawaran sebanyak £250,000 seminggu.

Arsenal bagaimanapun tetap yakin bahawa perjanjian akan dicapai dengan pemain bintang mereka sebelum akhir musim ini.
Mesut Ozil, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Kelayakan Piala Dunia 2018

Artikel Lain