suria

Tugas Di Swansea Penting Untuk Bola Sepak AS - Bradley

Bob Bradley.

PENGURUS baharu Swansea, Bob Bradley percaya pelantikan beliau memberi isyarat penting kepada perubahan besar dalam bola sepak di Amerika Syarikat (AS).

Bradley menjadi pengurus warga Amerika pertama mengendali kelab Liga Perdana Inggeris susulan keputusan Swansea memecat Francesco Guidolin dan menggantikannya dengan bekas pengurus pasukan AS berusia 58 tahun itu.

Bercakap selepas perlawanan terakhirnya bersama kelab Ligue 2 Perancis, Le Havre pada malam Isnin, Bradley berkata: "Ini adalah detik bersejarah untuk pergi ke kelab Liga Perdana Inggeris.

"Saya minta maaf kerana terpaksa pergi terutamanya pada ketika ini tetapi ia adalah peluang berharga untuk saya, keluarga dan juga bola sepak AS. Itu penting," katanya.

Ketika ditanya sama ada dia teragak-agak untuk menerima tawaran Swansea, Bradley menjawab: "Secara jujurnya tidak." 

Khidmat Guidolin selama 10 bulan bersama Swansea berakhir pada Isnin selepas kelab itu gagal mencatat sebarang kemenangan sepanjang kempen permulaan musim EPL.

Bob Bradley, Swansea

Artikel Sebelum

TSG Senarai Anuar Manan

Artikel Lain