suria

Persembahan Terbaik United Musim Ini - Mourinho

Pemain Manchester United, Memphis Depay (kiri) ketika beraksi menentang Stoke City, Erik Pieters (kanan) pada perlawaan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Sabtu lalu.

MANCHESTER: Aksi pemain Manchester United sepanjang musim ini adalah yang terbaik walaupun seri 1-1 ketika perlawanan dengan Stoke City, tegas pengendali pasukan itu, Jose Mourinho.

Malahan, Mourinho berkata, skuad bimbingannya itu boleh menjaringkan sehingga tujuh gol pada perlawanan itu.

Jaringan pertama pemain gantian Anthony Martial dinafikan lapan minit sebelum tamat persaingan oleh Joe Allen berikutan kesilapan penjaga gol, David de Gea.

Namun Mourinho enggan mengkritik sama ada penjaga gol atau penyerangnya yang menyebabkan banyak peluang terlepas.

“Ia adalah persembahan terbaik pasukan musim ini.

“Tiga atau empat kosong pada separuh masa, enam atau tujuh kosong pada akhir perlawanan, namun keputusannya 1-1.

“Itulah bola sepak. Keputusan itu tidak sepatutnya dicapai tapi saya ulangi ia jauh lebih baik berbanding ketika menentang Leicester,” kata Mourinho.

Pada hujung minggu lalu, pasukan itu menewaskan juara bertahan Leicester 4-1. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KJ Sertai Sukan Sea 2017

Artikel Lain