Rosberg Kuasai GP Rusia - Sukan | mStar

Rosberg Kuasai GP Rusia

Rosberg melonjak kegembiraan kerana berjaya menguasai GP Rusia.

SOCHI: Pendahulu Formula 1, Nico Rosberg mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut di Grand Prix (GP) Rusia, malam Ahad manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton di tempat kedua.

Hamilton bangkit berjuang dari tempat ke-10 untuk memastikan kedudukan satu dua menjadi milik pasukan Mercedes.

Perlumbaan di litar Sochi Autodrom itu bermula tegang apabila pelumba Ferrari Sebastian Vettel terbabas.

Namun Rosberg tidak mempunyai masalah bermula dari petak hadapan menuju ke garisan penamat buat kali ke-18 dalam kariernya.

Kemenangan itu membolehkan Rosberg menyamai pencapaian rakan senegara, Michael Schumacher yang memenangi tujuh perlumbaan berturut-turut.

Hamilton hanya ketinggalan 25 saat di belakang Rosberg.

Sementara itu, pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen menduduki tempat ketiga selepas memenangi pertarungan dengan rakannya Valtteri Bottas.

Rosberg kini mendahului juara dunia tiga kali Hamilton sebanyak 43 mata dengan 17 baki perlumbaan.

Ia hasil kejayaan memenangi tiga perlumbaan terakhir 2015 dan empat pusingan awal 2016.

Nico Rosberg , F1 , GP Rusia

Artikel Sebelum

Hatrik Mane Buat City Tersungkur

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah