suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hatrik Mane Buat City Tersungkur

Mane (kanan) meraikan jaringannya.

LONDON: Sadio Mane muncul wira Southampton selepas mencipta hatrik ketika pasukan itu menundukkan Manchester City 4-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary, malam Ahad.

Kekalahan itu menyebabkan City berdepan kesukaran untuk melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara.

Tekanan mula menghantui anak buah Manuel Pellegrini yang akan bertemu Real Madrid dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan tersebut dalam tempoh tiga hari lagi.

Mane menjaringkan gol untuk Southampton pada minit ke-28, 56 dan 68 sekali gus melengkapkan hatrik kedua musim ini.

Penyerang kelahiran Senegal itu menjaringkan 14 gol setakat ini.

Southampton terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-25 menerusi Shane Long.

Namun City bangkit membalas asakan menerusi jaringan Kelechi Iheanacho pada minit ke-44 dan 78.

City cuba merapatkan jurang mata tetapi gagal mencipta magis sehingga tamat perlawanan.

City kini menduduki tangga keempat dengan mengutip 64 mata dalam 36 perlawanan dengan diekori rapat seteru utama, Manchester United di tempat kelima.

Southampton pula di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 57 mata.


Artikel Berikut

Rosberg Kuasai GP Rusia

Artikel Lain