suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BAC: Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Mara Ke Pentas Akhir

Chong Wei berjabat tangan dengan Lin Dan sebaik sahaja menang aksi separuh akhir pada Sabtu.

KUALA LUMPUR:  Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik dalam persiapan ke Sukan Olimpik apabila menundukkan musuh tradisi, Lin Dan di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, Sabtu.

Kemenangan 22-20, 15-21, 21-4 di laman musuhnya itu adalah bekalan terbaik buat Chong Wei kerana ini adalah kemenangan keduanya ke atas Lin Dan di China, selepas Terbuka China November lepas yang merupakan pertemuan terakhir mereka sebelum ini.

Ini juga pertemuan pertama mereka tahun ini, sekali gus membantu Chong Wei merapatkan rekod pertemuan mereka kepada 11-25, yang masih berpihak kepada juara Olimpik dua kali itu.

Menanti Chong Wei di final pada Ahad adalah juara dunia, Chen Long yang mudah menewaskan rakan sepasukannya, Tian Houwei dengan 21-14, 21-16.

Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, Chong Wei yang ketinggalan 7-14 di set pertama bangkit mengejar mata untuk mengikat jaguh China itu, 20-20 sebelum mengutip dua mata terakhir untuk memenangi set tersebut.

Namun set kedua menyaksikan Lin Dan kembali bertenaga untuk mendahului Chong Wei 11-7 dan terus mengekalkan momentum untuk mengikat Chong Wei 1-1 dengan kemenangan 21-15.

Begitupun, pertarungan sengit yang diharapkan di set penentuan tidak menjadi dengan Chong Wei bijak mengawal gelanggang untuk mendahului 6-0 sebelum terus melebarkan jurang kepada 12-1.

Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia mengesahkan kemenangannyake atas pemain nombor tiga dunia itu, dengan 21-4, sekali gus tiket ke final.- Bernama

Artikel Lain