suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nauraj Singh Layak Ke Olimpik Rio

Nauraj Singh
KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi Nauraj Singh menjadi atlet negara ke-13 yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, Khamis.

Nauraj, 24, memperbaharui rekod kebangsaan dengan lompatan 2.29 meter pada kejohanan itu yang menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Kejayaan beliau itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2010.

Sebelum ini 12 atlet melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik iaitu Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun); Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Jonathan Wong (menembak); Welson Sim (renang); Khairul Anuar Mohamad (memanah) serta Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin (pelayaran).

Artikel Lain