suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai Pemain Muda, Herrera Ramal Masa Depan Man United Cerah

Anthony Martial
PEMAIN Manchester United, Ander Herrera, gembira apabila melihat lebih ramai pemain muda ditampilkan dalam pasukannya.

Katanya, dengan situasi itu, dia yakin United memiliki masa depan yang cerah.

United sempat dilanda badai pada awal musim ini, membuatkan  pengurusnya Louis van Gaal harus membuat pertaruhan dengan menurunkan banyak pemain muda dalam pasukannya.

Van Gaal mula memberi peluang dan kesempatan kepada Jesse Lingard, Will Keane, Tomothy Fosu-Mensah, Guillermo Varela, dan Donald Love. Malah, pemain Anthony Martial dan Marcus Rashford sejak kebelakangan ini sering menjadi sebutan.

Pertaruhan yang dilakukan Van Gaal nyata berhasil. Para pemain muda itu mampu menunjukkan persembahan yang baik sehingga membantu United berpeluang besar berada di kedudukan empat teratas carta Liga Perdana dan menempah tiket ke final Piala FA Inggeris.


"Saya fikir dalam dua atau tiga bulan terakhir ini kami sedang mematangkan pasukan ini dengan pemain muda. Kombinasi yang bagus antara pemain muda dan pemain yang sudah berpengalaman," kata Herrera.

"Mereka memiliki ketangkasan dan imaginasi sendiri yang menjadikan pasukan ini hebat. Tak hanya Anthony Martial, ia juga terdapat pada Jese Lingard dan Memphis Depay," tambahnya.
Ander Herrera, Anthony Martial

Artikel Lain