suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TSG Terima Tajaan 20 Syarikat Bernilai Hampir RM6 Juta

Sebahagian pelumba TSG yang beraksi pada LTdL 2016.

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) menerima tajaan daripada 20 buah syarikat termasuk dari Singapura dan Thailand bernilai hampir RM6 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, tahun lepas TSG menerima penajaan daripada 15 buah syarikat bernilai hampir RM3 juta.

"Tahun ini kita menerima penajaan lebih sikit daripada tahun lepas sebab TSG telah mula dikenali di peringkat global," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata TSG akan mengadakan majlis bagi meraikan penaja pada 1 Mei ini.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan berkata TSG bakal menyertai lima kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang bulan depan.

Kejohanan itu ialah Tour d'Azerbaidjan, Tour of Iran, Tour de Banyuwangi Ijen dan Tour de Flores di Indonesia serta Tour of Japan, katanya.

Ahmad Farhan berkata TSG akan menurunkan 15 pelumba terbaik dan berkualiti bagi menghadapi kesemua kejohanan tersebut di bawah jurulatih daripada Slovakia, Adam Szabo.

Beliau berkata TSG telah mengatur satu program latihan intensif untuk pelumbanya selama 10 hari di Cameron Highlands sejak 17 April lepas.

Katanya hanya pelumba import daripada Indonesia, Dadi Suryadi tidak menyertai latihan kerana berlatih di negaranya.-Bernama

Artikel Lain