suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Masters: Cabaran Malaysia Berakhir

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tersingkir pada aksi separuh akhir kejohanan badminton China Masters pada Sabtu. Foto S.S.KANESAN / The Star

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di kejohanan badminton China Masters berakhir selepas beregu campuran negara tersingkir pada aksi separuh akhir, Sabtu.

Pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, wakil tunggal negara pada aksi separuh akhir itu tewas kepada pilihan utama dari China, Xu Chen-Ma Jin 11-21, 11-21 dalam pertarungan selama 36 minit di Pusat Olimpik di Changzhou, China.

Di pusingan akhir pada Ahad, pasangan tuan rumah itu akan menentang rakan senegara, Zheng Siwei-Chen Qingchen yang mengalahkan beregu yang mara daripada pusingan kelayakan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun 13-21, 21-16, 21-17, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pemain perseorangan lelaki, beregu lelaki serta beregu wanita Malaysia kalah di pusingan awal.

Malaysia tidak menghantar pemain perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$250,000 (RM974,035) itu. - Bernama

China Masters

Artikel Sebelum

Artikel Lain