suria

Kecederaan Ronaldo Bimbangkan Real Madrid

Cristiano Ronaldo
REAL Madrid cemas melihat keadaan pemain handalan mereka Cristiano Ronaldo meninggalkan padang dengan rasa tidak selesa selepas berakhirnya perlawanan menentang Villarreal, Khamis.

Dalam perlawanan memburu gelaran juara La Liga semalam, Real Madrid mempamerkan persembahan menarik dengan kemenangan 3-0 atas Vilarreal.

Namun, ketika berjalan di sekitar padang dalam minit-minit terakhir pertandingan, Ronaldo dilihat memegang hamstring kanannya.

Perkara ini dilihat serius dan menjadi perhatian ramai apabila pasukan itu akan turun di separuh akhir Liga Juara-Juara Selasa ini di Stadium Etihad.

Menurut sumber di Bernabeu, mereka 'berharap tidak berlaku sesuatu yang serius' terhadap hamstring bintang Portugal itu tetapi kelab itu masih belum dapat menentukan keadaannya sehinggalah laporan kesihatannya dikeluarkan.

Zinedine Zidane pula dilihat memilih untuk merehatkan Gareth Bale ketika perlawanan menentang Villarreal semalam, dikatakan bertujuan menurunkan pemain itu di Liga Juara-Juara menentang Manchester City.

Ketika ditanya tentang keadaan kesihatan Cristiano Ronaldo, pengurus itu tenang dan yakin semuanya akan berjalan dengan lancar.

"Cristiano memang telah merasakan sesuatu, tapi saya fikir itu hanyalah satu kebimbangan. Saya harap itu bukan masalah dan tidak akan menjadi sesuatu yang serius. Kita akan tenang dan menilai situasi."

"Kadangkala, seorang pemain seperti Cristiano memang perlu berehat, tidak menghabiskan permainan, atau duduk di bangku simpanan. Tapi dia selalu mahu keluar dan bermain di padang."

"Selebihnya saya tak mahu bercakap apa-apa lagi."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain