suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jesse Lingard Tunjuk Foto Minat Man United Sejak Kecil

PEMAIN muda Manchester United Jesse Lingard menunjukkan betapa dia cintakan kelab bola sepak yang disertainya itu sejak kecil dengan memuat naik foto bersejarahnya di media sosial.

Menerusi foto yang diletakkan di akaun Instagramnya, @jesselingard, pemain berusia 22 tahun itu yang kini mendapat tempat dalam pasukan utama United dilihat 'berposing' berpose bersama beberapa bintang United masa lalu.

Lingard yang ketika itu masih kanak-kanak pernah bergambar bersama Jaap Stam, Phil Neville dan Fabian Barthez pada tahun 2001 dengan kapsyen gambar 'Super throwback'.

Lingard ketika berusia tujuh tahun sudah menyertai akademi United dan seperti mimpi, dia kini menjadi bintang utama skuad di bawah bimbingan Louis van Gaal.

Artikel Sebelum

Artikel Lain