suria

Persahabatan: England Tewas Di Wembley, Jerman Bangkit Menang

Vardy (tengah) meraikan gol untuk England pada aksi bertemu Belanda awal pagi Rabu.

JAMIE Vardy membuat penampilan pertama bersama England dengan menjaringkan gol tunggal pasukannya dalam aksi tewas 2-1 kepada Belanda ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi Rabu.

Bintang Leicester City itu membuat kejutan dengan mendahului pasukan lawan pada minit ke-41 permainan.

Namun situasi bertukar pada babak kedua apabila pemain Belanda, Vincent Janssen menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi sepakan penalti.

Manakala gol kemenangan dijaringkan oleh pemain gantian Luciano Narsingh minit ke-77.

Pemain-pemain Roy Hodgson banyak mencipta peluang gol, tetapi barisan pertahanan mudah dibolosi pihak lawan.

"Perasaan yang sukar diluahkan apabila berjaya menjaringkan gol untuk England di Stadium Wembley tetapi keputusan amat mengecewakan," ujar Vardy,29.

Dalam pada itu, Jerman yang tewas 3-2 kepada England Sabtu lalu kembali bangkit dengan mencatat kemenangan 4-1 ke atas Itali.

"Inilah kemenangan yang kita mahukan, dan dalam masa sama ia dilihat memperbaiki kesilapan lalu. Kami telah beraksi dengan baik," jelas Toni Kroos yang membuka jaringan awal perlawananan di Allianz Arena.

Kaki Matteo Darmain nyaris terkena muka Gotze (tengah) ketika menanduk bola ke arah pintu gol Itali.


Kroos menjaringkan gol pada minit ke-24, diikuiti Mario Gotze (45'), Jonas Hector (59') dan Mesut Ozil minit ke-75 sebelum El Shaarawy menyumbat gol tunggal untuk Itali minit ke-83.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain