Terbuka Miami: Williams Terlepas Trofi Juara Kesembilan - Sukan | mStar

Terbuka Miami: Williams Terlepas Trofi Juara Kesembilan

Williams tewas pada pusingan keempat Terbuka Miami awal pagi Selasa.

SERENA Williams terlepas untuk merangkul gelaran juara kesembilan Terbuka Miami selepas tewas kepada Svetlana Kuznetsova pada pusingan keempat pada pagi Selasa.

Williams ditewaskan pemain pilihan ke-15 kejohanan dengan catatan 6-7(3) 6-1 6-2 di Crandon Park.

Kekalahan ini menyaksikan Williams yang menyapu bersih tiga gelaran juara kejohanan sebelum ini tewas di gelanggang tersebut buat kali pertama sejak 2012.

Pada perlawanan  itu, Williams yang masih memegang gelaran pemain No.1 dunia terpaksa bekerja keras sejak set pertama dengan kemenangan tie-break 6-7(3).

Namun bekas juara Terbuka Amerika Syarikat dan Perancis dari Rusia itu bangkit memberi tekanan kepada Williams menguasai baki dua set terakhir dalam tempoh lebih dua jam permainan.

Selain itu, turut mengekori langkah tewas Williams ialah pemain No.2 dunia dari Poland, Agnieszka Radwanska yang gagal menyekat kemaraan pemain Switzerland Timea Bacsinszky dengan keputusan 2-6 6-4 6-2.

Serena Willimas , tewas , Terbuka Miami

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain