suria

Sturridge Barisi Skuad Hodgson Bertemu Belanda

DANIEL Sturridge bakal membarisi pasukan England menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Belanda dalam persiapan mengharungi Euro 2016 Jun ini.

Penyerang Liverpool itu bakal beraksi buat kali pertama selepas September 2014 ketika menentang Norway.

Namun dijangka berdepan dengan saingan perebutan posisi utama skuad Roy Hodgson ini berikutan Harry Kane dan Jamie Vardy mempamerkan prestasi luar biasa ketika bermain menentang Jerman Sabtu lalu.

Hodgson membuat perubahan pemain pada barisan utamanya selepas menang 3-2 kepada Jerman, namun turut mengesahkan James Milner,30, akan menjadi kapten buat kali pertama pada penampilan yang ke-58.

Manakala kapten sebelum ini, Wayne Rooney diketepikan seketika kerana berdepan dengan kecederaan.

"Sebagai yang kita ketahui setakat ini, James merupakan pemain tengah terbaik, dan boleh bermain di bahagian lain.

"Corak permainan yang cuba kita terapkan sekarang, dan gaya yang digunakan oleh Liverpool membuatkan dia berada di landasan yang tepat.

"Seperti yang kamu lihat, James bersama saya kali ini dan akan menjadi kapten untuk perlawanan esok," jelas Hodgson mengenai Milner.

Tambah Hodgson, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Sturridge,26, itu di peringkat antarabangsa selepas sekian lama berehat gara-gara kecederaan.

"Pemain seperti Daniel Sturridge akan kembali ke pasukan dan kami amat mengalu-alukan kehadirannya setelah lama tidak beraksi untuk England.

"Selain itu, apa-pa perubahan yang lain akan dilihat pada hari perlawanan nanti," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain