suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lorenzo Diberi Waktu Pertimbang Kontrak Bersama Yamaha

Jorge Lorenzo
YAMAHA tidak terburu-buru meminta Jorge Lorenzo menandatangani perjanjian baharu untuk memanjangkan kontraknya.

Pengurusnya, Albert Valera berkata Lorenzo mempunyai masa sehingga pertengahan musim MotoGP 2016.

Lorenzo sehingga kini belum membuat keputusan mengenai tawaran kontrak baharu daripada Yamaha sedangkan rakan sepasukannya Valentino Rossi sudah bersetuju memanjangkan kontrak hingga 2018.


Didakwa, situasi ini berlaku disebabkan hubungan Lorenzo dengan Rossi yang dikatakan dingin, membuatkan Lorenzo terpaksa berfikir panjang untuk kekal di Yamaha.

Dalam masa yang sama pelumba dari Sepanyol itu juga dikatakan sedang diintai Ducati.

Valera berkata Yamaha memberi tempoh yang panjang kepada Lorenzo untuk membuat keputusan.

"Yamaha memberikan deadline dan kami ada tempoh masa yang cukup panjang, setelah perlumbaan di Jerez atau Le Mans (Perancis). Yamaha faham bahawa Lorenzo perlukan masa untuk buat keputusan," kata Valera memetik motorsport.com.

Valera manafikan Lorenzo sudah mendapat tawaran lain, termasuk Ducati. Katanya, keputusan menanggungkan pembaharuan kontrak tidak bermaksud Lorenzo tidak gembira di Yamaha.

"Sekarang nampak seperti tindakannya menangguh pembaharuan kontrak ini sebagai sesuatu yang tidak normal. Tapi, itu tidak benar," kata Valera.
Jorge Lorenzo, Albert Valera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain