Persahabatan Antarabangsa: Ronaldo Gagal Penalti, Portugal Kalah Kepada Bulgaria - Sukan | mStar

Persahabatan Antarabangsa: Ronaldo Gagal Penalti, Portugal Kalah Kepada Bulgaria

Reaksi Ronaldo setelah gagal menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan persahabatan menentang Bulgaria, awal pagi Sabtu. -fotoEPA
PORTUGAL kalah kepada Bulgaria di kandang sendiri dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Leiria. Portugal tewas 0-1 kepada lawan, menerusi gol yang disumbat masuk oleh Marcelinho di babak pertama permainan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Dr Magalhes Pessoa, awal pagi Sabtu, Portugal tampil lebih dominan. Selain unggul dari segi penguasaan bola, mereka juga mencipta lebih banyak peluang.


Berdasarkan rekod, Portugal mendominasi hingga 67 peratus posisi bola. Mereka juga membuat 30 percubaan di mana 11 daripadanya tepat sasaran. Sementara Bulgaria hanya membuat empat percubaan dengan dua tepat sasaran.

Penjaga gawang Bulgaria, Vladislav Stojanov, menjadi wira dalam perlawanan ini. ESPNFC mencatatkan bahawa Stojanov menyelamatkan 11 bola, sekali gus menunjukkan semua percubaan tepat Portugal berjaya diselamatkannya.

Dia perlu menyelamatkan bola seawal minit ketujuh perlawanan, seterusnya pada minit ke-10. Tujuh minit selepas itu, gol Bulgaria sekali lagi diancam.

Sebaliknya, pada minit ke-19, Bulgaria yang berjaya menyumbat gol.

Gol bermula daripada Ivelin Popov yang membuat umpan dari sebelah kanan. Bola kemudian dikejar oleh Marcelinho dalam kotak penalti sambil diasak oleh dua pemain Portugal.

Dengan gerak badan yang mengelirukan dan keadaanya yang hampir terjatuh, Marcelinho sempat melepaskan sepakan leret kaki kiri bagi mengubah kedudukan kepada 1-0.

Masuk babak kedua, Portugal diberikan penalti setelah Nikolay Bodurov melakukan handball di dalam kotak penalti dengan tendangan itu diambil oleh Ronaldo.

Malang bagi Ronaldo apabila tendangan kaki kanannya berjaya ditepis oleh Stojanov dan bola yang melantun juga gagal memberikan gol buat pasukannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain