suria

Capello Sahkan Tak Minat Latih Skuad Kebangsaan Itali

Fabio Capello
BEKAS Pengurus England, Fabio Capello menjadi salah satu nama yang disebut-sebut menjadi bakal jurulatih baharu skuad kebangsaan Itali.

Bagaimanapun, Capello awal-awal lagi mengesahkan bahawa dia tidak akan menerima jika tawaran itu diberikan kepadanya.


Itali kini sedang mencari jurulatih kerana Antonio Conte memutuskan untuk tidak lagi membimbing skuad kebangsaan yang juga juara dunia empat kali selepas berakhirnya Euro 2016.

Pada Khamis, Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali Carlo Tavecchio mendakwa bahawa beliau akan bercakap dengan lelaki berusia 69 tahun itu.

Beberapa nama juga sudah disebut-sebut untuk menjadi pengganti Conte seperti Roberto Donadoni, Walter Mazzarri, Massimilliano Allegri, Maurizio Sarri, Roberto Mancini dan Capello,

Capello boleh dianggap berpeluang besar dengan kedudukannya kini yang menganggur selepas dipecat sebagai ketua jurulatih Rusia Julai lalu. Tambahan pula dia mempunyai banyak pengalaman dan rekod yang memberangsangkan sebagai jurulatih.


Namun, Capello bagai menutup rapat pintu tawaran kerana dia tidak tertarik untuk mengisi bangku yang ditinggalkan Conte pada musim panas nanti.

"Saya boleh mengesahkan bahawa saya tidak tertarik dengan tugas melatih pasukan kebangsaan dan saya tidak pun merancang untuk bertemu sesiapa," kata Capello memetik Soccerway.

"Saya tidak akan mengubah keputusan itu," tambahnya.

Artikel Lain