suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Terima Kasih Kerana Mengajar Saya Nilai Kehidupan" - Anak Lelaki Cruyff

Jordi Cruyff (kanan) bersama bapanyaa, Johan Cruyff.
JORDI Cruyff, anak lelaki legenda bola sepak Belanda Johan Cruyff menyifatkan bapanya sebagai inspirasi dalam hidupnya.

Beberapa hari sebelum ayahnya meninggal dunia, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Cruyff kerana telah mengajarnya tentang nilai-nilai kehidupan.

"Di Sepanyol hari ini adalah hari bapa! Terima kasih kerana selalu menjadi diri sendiri dan mengajar saya tentang nilai-nilai kehidupan, 'role model' saya @JohanCruyff," tulis Jordi Cruyff dalam akaun Twitter peribadinya, Sabtu lalu.

Cruyff yang terkenal sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman disahkan meninggal dunia selepas lima bulan didianogsis mengidap kanser paru-paru, Khamis.

Bekas pemain Ajax dan Barcelona ini meninggal dunia pada usia 68 tahun di Barcelona, Sepanyol.

Cruyff yang juga bekas perokok pernah melakukan pembedahan jantung pada 1991.

Cruyff pernah membantu kelab Ajax Amsterdam dengan menjuarai tiga trofi Piala Eropah 1971-73 malah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah untuk tiga kali, 1971,1973 dan 1974.

Selepas itu Cruyff menyertai Barcelona dengan rekod perpindahan tertinngi dunia ketika itu $2 juta dan bersara sebagai pemain seterusnya menjadi jurulatih berpengaruh di Catalan dengan meraih gelaran pertama La Liga pada tahun 1974.

Cruyff juga dianggap kunci utama pasukan Belanda dengan membawa negaranya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974 buat pertama kali.
JORDI Cruyff, Johan Cruyff

Artikel Sebelum

Artikel Lain