suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johan Cruyff Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

JOHAN Cruyff yang terkenal sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman disahkan meninggal dunia selepas lima bulan didianogsis mengidap kanser paru-paru.

Menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan di laman web www.worldofjohancruyff.com pada Khamis, Cruyff, 68, menghembus nafas terakhirnya dengan tenang disamping ahli keluarganya.

Cruyff pernah membantu kelab Ajax Amsterdam dengan menjuarai tiga trofi Piala Eropah 1971-73 malah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah untuk tiga kali, 1971,1973 dan 1974.

Selepas itu Cruyff menyertai Barcelona dengan rekod perpindahan tertinngi dunia ketika itu $2 juta dan bersara sebagai pemain seterusnya menjadi jurulatih berpengaruh di Catalan dengan meraih gelaran pertama La Liga pada tahun 1974.

Cruyff juga dianggap kunci utama pasukan Belanda dengan membawa negaranya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974 buat pertama kali.

Peminat-peminat Cruyff menggelarnya  ‘Cruyff turn’ "player with the ball plays it behind their own leg before swerving away in the direction of the ball".

Artikel Lain