suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Adakan Perbincangan Dapatkan Aubameyang

MANCHESTER United mengadakan pertemuan secara rahsia bagi membincangkan mengenai pemindahan penyerang Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang.

Dalam pertemuan itu, United juga dilapor telah memberitahu wakil Aubameyang bahawa pemain itu akan menjadi sasaran pertama Old Trafford pada akhir musim ini.

Penyerang berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah dilapor menjadi buruan United selain Arsenal dan Real Madrid.

Bagaimanapun United menawarkan pakej yang mampu menjadikan Aubameyang sebagai pemain bertaraf bintang dan terbaik dunia.

Namun, Dortmund menegaskan kelab itu tidak akan menjual penyerangnya  walaupun United sedia membayar sebanyak £60 juta.

Aubameyang merupakan pemain terbaik Afrika tahunan dan diklasifikasikan sebagai penyerang terbaik Eropah.

Artikel Berikut

Artikel Lain