suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Yakin Dapat Pikat Lionel Messi

MANCHESTER City yakin Etihad bakal menjadi destinasi Lionel Messi jika pemain itu meninggalkan Barcelona.

City setakat ini tidak pernah berhenti daripada berusaha mendapatkan Messi yang merupakan pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu.

Malah kelab milik jutawan Arab itu percaya hubungan baik antara Messi dengan Pep Guardiola akan memudahkan urusan mereka selepas ini.

Ini kerana Guardiola bakal dilantik sebagai jurulatih City pada musim depan.

Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano, dan Pengarahnya Txiki Begiristain juga mempunyai hubungan baik dengan pemain berusia 28 tahun itu kerana kedua-dua mereka pernah menjadi pegawai di Barcelona.

City juga percaya Messi bakal berhijrah ke kelab itu kerana bapanya Jorge kini sedang bergelut dengan kes mengelak cukai.

Usaha 'memancing' Messi akan diteruskan selepas City melantik Guardiola secara rasmi pada akhir musim ini.


Artikel Lain