suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Switzerland: Cabaran Acara Perseorangan Lelaki Berakhir

Zulfadli tewas kepada pemain Taiwan Tien Chen pada pusingan kedua Terbuka Switzerland.

KUALA LUMPUR: Cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Switzerland berakhir selepas tiga pemain negara tumpas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua pada Rabu.

Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli menampilkan aski cemerlang menentang pilihan kedua, Chou Tien Chen dari Taiwan sebelum tewas 21-17, 12-21 dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira 66 minit di St Jakobshalle Arena di Basel, Switzerland.

Pemain perseorangan lelaki skuad pelapis kebangsaan, Soong Joo Ven juga menerima nasib yang sama kecundang 19-21, 21-19 dan 13-21 kepada seorang lagi pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.

Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sebaliknya mengambil keputusan untuk menarik diri ketika ketinggalan 9-17 pada aksi menentang pemain Indonesia, Muhammad Bayu Pangisthu dalam set kedua selepas mengalami kecederaan.

Terdahulu, Iskandar kalah 17-21 dalam set pertama.

Pemain yang mara ke slot separuh akhir Kejohanan All-England 2016, Goh V Shem/Tan Wee Kiong selaku pilihan keenam, akan meneruskan saingan menentang pasangan dari Switzerland, Mathias Bonny/Christian Kirchmayr.

Bekas gandingan beregu kebangsaan, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong pula akan bertemu pasangan dari Perancis Bastian Kersaudy/Gaetan Mittelheisser dalam aksi pembukaan.

Pemain perseorangan wanita utama negara, Tee Jing Yi akan menentang pemain Taiwan Pai Yu Po sementara pasangan beregu wanita utama negara, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei akan berentap dengan gandingan Switzerland/Malaysia, Nadia Fankhauser/Sannatasah Saniru dalam aksi pembukaan, lewat hari Rabu (awal Khamis waktu Malaysia). 

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu campuran kejohanan Grand Prix Emas yang menawarkan hadiah berjumlah US$120,000 (RM499,716). -Bernama

Artikel Lain