suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima Tapi Kecewa - TCH

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe, menyifatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Sarawak Sabtu lalu sebagai adil walaupun kecewa dengan kealpaan anak didiknya pada minit-minit terakhir perlawanan.

Menurutnya, sebelum jaringan  Farhan Roslan pada minit ke-82 kedua-dua pasukan memiliki banyak peluang untuk menghasilkan gol namun ketumpulan jentera serangan menjadi kedudukan 0-0.

“Saya terima keputusan seri ketika bertemu Sarawak tetapi sedikit kecewa dengan kelekaan pemain yang memberi ruang kepada pasukan tuan rumah untuk menyamakan kedudukan.

“Akibat daripada kelekaan itu kita hanya mampu berpuas hati dengan satu mata walapun tiga mata penuh hampir menjadi milik kita dengan tempoh permainan yang bebaki seminit lagi," katanya kepada mStar Online.

Katanya, pertukaran masuk tiga pemain iaitu Syafiq Ahmad, Farhan Roslan dan Amirul Hisyam Awang Kecik telah berjaya memantapkan kembali aksi kesebelasan skuad Helang Merah sehingga menghasilkan gol.

“Apa yang penting sekarang kita perlu membaiki kesilapan itu dan berfikir untuk mendapatkan kemenangan di Kota Kinabalu semasa menentang Sabah dalam suku akhir Piala FA.

“Saya juga berharap pemain yang cedera seperti Liridon Krasniqi dapat cergas sepenuhnya untuk diturunkan kembali bersama Sandro Da Silva dan Amirul Hisyam.

“Barisan serangan pula diharap dapat menghasilkan gol supaya kita melangkah ke saingan separuh Akhir Piala FA nanti," ujarnya.

Helang Merah, Sarawak, Kedah

Artikel Lain