suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siri Terjun Dunia: Pandelela-Mun Yee Sumbang Gangsa

- Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (Gambar fail)
KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform wanita seirama Siri Terjun Dunia di Beijing, Jumaat.

Pandelela, yang berganding dengan Mun Yee untuk kali pertama sejak Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Jun lepas mengumpulkan 311.70 mata untuk mengatasi Meaghan Benfeito-Roseline Filion dari Kanada untuk kedudukan podium dalam acara akhir yang disertai enam gandigan itu.

Pasangan dari Britain, Tonia Couch-Lois Toulson memperoleh perak dengan 317.46 mata manakala emas milik Si Yajie-Liu Huixia dari China yang mengumpulkan 334.68 mata.

Kejohanan di Beijing adalah yang pertama dalam siri itu yang akan diikuti siri seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (17-19 Mac); Windsor, Kanada (15-17 April); dan Kazan, Rusia (22-24 April).

Artikel Lain