Piala FA Inggeris: Crystal Palace Tempah Tiket Separuh Akhir - Sukan | mStar

Piala FA Inggeris: Crystal Palace Tempah Tiket Separuh Akhir

CRYSTAL Palace akhirnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Inggeris setelah memperoleh dua gol pada saat-saat akhir perlawanan menentang Reading.

Crystal Palace mara dengan skor 2-0 di Stadium Madejski, awal pagi Sabtu.

Walaupun tiada kemenangan dicatatkan dalam 12 pertandingan, pasukan Alan Pardew itu mampu membuktikan bahawa mereka memiliki kualiti untuk tampil bagi merebut gelaran juara Piala FA.

Di awal perlawanan, tidak ada sasaran tepat yang dilakukan kedua-dua pasukan yang masing-masing mencari rentak permainan.

Namun, penyerang Palace Emmanuel Adebayor nyaris memecahkan kebuntuan ketika perlawanan masuk ke minit ke-25, namun bola yang ditanduk berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Tidak lama selapas itu, penjaga gol Reading Ali Al-Habsi sekali lagi dipaksa melakukan penyelamatan penting terhadap tendangan bebas yang dilakukan Yohan Cabaye.

Kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama dan berlanjutan pada separuh masa kedua.

Hanya ketika perlawanan berbaki lima minit lagi, berlaku satu insiden di kotak penalti Reading di mana Jake Cooper melakukan perlanggaran dengan menjatuhkan Bolasie. Dihadiahkan dengan sepakan penalti, Cabaye berjaya menjalankan tugasnya menjadikan kedudukan 1-0.

Pada masa kecederaan, Fraizer Campbell, yang baharu diturunkan ke padang, menambah pungutan gol menjadi 2-0.

Palace akhirnya mara ke separuh akhir, sebagai pasukan yang pertama di Wembley dalam tempoh lebih dua dekad.

Piala FA Inggeris , separuh akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain