Liga Europa: Liverpool Benam Man United 2-0 - Sukan | mStar

Liga Europa: Liverpool Benam Man United 2-0

LIVERPOOL mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester United dalam perlawanan pertama peringkat kelompok 16 saingan Liga Europa yang berlangsung di Stadium Anfield, awal pagi Jumaat.

Dua gol Liverpool diraih melalui sepakan penalti Daniel Sturridge pada babak pertama dan gol Roberto Firmino pada babak kedua.

Dalam perlawanan ini The Reds dilihat lebih mendominasi permainan dan mereka berpeluang mendapat lebih banyak gol tanpa adanya penyelamatan cemerlang oleh David De Gea.

Dominasi Liverpool ketara dilihat menerusi barisan pertengahan  terutama di babak pertama.

Roberto Firmino, Jordan Henderson, dan Adam Lallana dengan mudah membawa masuk bola kerana United hanya menempatkan Morgan Schneiderlin dan Marouane Fellaini barisan tengah, sementara Marcus Rashford, Anthony Martial, Memphis Depay dan Juan Mata lebih fokus untuk menyerang.

Malah, penguasaan bola Liverpool di babak pertama mencapai 73 peratus dan United tak mampu melakukan tendangan tepat dalam tempoh 90 minit pertama.

Liverpool mendahului pada minit ke-20menerusi sepakan penalti Sturridge. Penalti diberikan pengadil Carlos Carballo setelah Nathaniel Clyne dijatuhkan Memphis Depay ketika Clyne baru memasuki kotak penalti. Keputusan pengadil itu dilihat tepat.

Sturridge melakukan tendangan deras ke arah kiri atas gawang dan De Gea sempat menjangkau bola tapi tak mampu menepisnya.


Pada babak kedua, Louis van Gaal cuba membaiki keadaan dengan memasukkan Michael Carrick dan membawa keluar Marcus Rashford.

Ketika ini United mula melakukan serangan efektif dan melakukan tendangan tepat sasaran pertama melalui Schneiderlin yang dilakukan dari luar kotak penalti.

Tiga minit kemudian giliran Phillipe Coutinho percubaan yang memaksa De Gea sekali lagi terpaksa menyelamatkan bola.

Bagaimanapun Liverpool menambah gol pada minit ke-73.

Gol ini bermula apabila Henderson berlari di sayap kanan dan memberikan umpan silang sebelum disambar oleh Adam Lallana dan diteruskan kepada Firmino yang berlari ke tiang. Dari jarak dekat Firmino berjaya membolosi gawang De Gea.

Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali di Stadium Old Trafford minggu depan.
Liga Europa , Manchester United , Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain