suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewandowski Bermasalah Ketika Remaja

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski akan mengeluarkan biografi pendek dalam tempoh terdekat, namun pihak media Jerman terlebih dahulu mengetahui isinya.

Apa yang didedahkan pihak media itu ialah zaman remaja Lewandowski menyusahkan ibu bapanya.

Bild melaporkan, pemain kelahiran Poland itu mengakui pernah mencuri kereta keluarganya pada waktu malam untuk bergembira bersama rakan-rakan.

Dia juga mendedahkan pernah membaling kulit pisang dan sisa yogurt ke dalam balai polis berhampiran rumahnya.

Lebih mengejutkan apabila penyerang prolifik ini pernah menyerang gurunya di sekolah.

Selain itu, Lewandowski menceritakan dia pernah diserang menggunakan pisau namun dapat menangkisnya.

Ketika bermain bola di usia remaja pula, dia pernah ditangkap kerana merokok dan menerima denda.

Bayern Munich

Artikel Lain