Pasangan bukan pilihan itu mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan 21-15, 15-21 dan 21-17 dalam perlawanan yang berlarutan selama 49 minit, menurut laman sesawang kejohanan;www.allenglandbadminton.com.
Koo/Tan yang juga muncul sebagai naib johan dalam edisi 2011 akan bertemu sama ada rakan sepasukan, Goh V Shem/Tan Wee Kiong atau pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China pada suku akhir.
Perlawanan antara kedua-dua pasangan dijadualkan berlangsung kir-kira 4 petang Khamis waktu tempatan (2 pagi, Jumaat waktu Malaysia).
Cabaran negara dalam tiga lagi acara -- perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran berakhir selepas semua pemain tumpas kepada lawan masing-masing dalam aksi pembukaan pada Rabu.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu wanita kejohanan itu yang menawarkan hadiah berjumlah US$550,000 (RM2.263 juta).


