suria

Tewas 1-0 Kepada Albion, Van Gaal Kecewa Dua Kad Kuning Mata

LOUIS van Gaal percaya nasib malang Manchester United tewas 1-0 kepada West Bromwich Albion mungkin boleh dielak sekiranya pengadil Mike Dean tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Juan Mata.


United berjaya mengharungi saat sukar minggu lalu, namun sebaliknya berlaku minggu ini selepas pemain Sepanyol itu diarah keluar padang buat kali pertama, sekaligus menjadi punca mereka tewas di Hawthorns.

Mata mengutip dua kad kuning dalam tempoh kurang tiga minit pada babak pertama.

Salomon Rondon menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa kedua, minit ke-66.

Keputusan tewas ini menamatkan empat rekod kemenangan berturut-turut minggu lalu dan dianggap sebagai persediaan goyang menjelang aksi Liga Europa bertemu Liverpool (11 Mac) diikuti suku akhir Piala FA menentang West Ham (15 Mac).

“Saya beranggapan perlawanan ini akan memberi kesan kepada aksi seterusnya, jadi ia sesuatu yang tidak baik buat kami.

“Ia saat yang mengecewakan dan pandangan saya ia tidak patut tewas.

“Saya tidak mahu katakan bahawa kami layak menang, tidak, tetapi kami tak sepatutnya kalah,” jelasnya.

United kini berada di tangga keenam liga, kekurangan tiga mata daripada penghuni keempat, Manchester City.

Pengurus kelahiran Belanda itu menganggap kesalahan pertama ada ‘bodoh’ tetapi berpendapatan pengadil Dean sepatutnya lebih bertoleransi ketika tindakan kedua Mata.

“Pandangan saya tidak penting. Kamu membuatkan pengadil melayangkan dua kad kuning dalam tempoh lima minit ke atas pemain yang sama dan kamu tahu juga siapa, ia adalah Juan Mata.

“Saya bertanyakan kepada Mata: ‘Berapa banyak kad merah yang kamu dapat sepanjang karier? ‘Tiada (jawabnya).

“Saya memang jangkakan jawapannya itu. Sebagai pemain kamu perlu berjaga-jaga apabila menerima kad kuning,” jelasnya.

Selain itu, kemenangan tersebut menyaksikan Albion meraih mata penuh pertama di laman sendiri ke atas United sejak Mac 1984 dan lebih penting keputusan ini adalah bekalan untuk menyelamatakan kedudukan mereka yang berada hampir di zon penyingkiran.

Manchester United, West Brom, Tewas

Artikel Lain