suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Penalti Benteke Selamatkan Liverpool

Benteke (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

CHRISTIAN Benteke muncul penyelamat Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan Liverpool untuk menundukkan Crystal Palace 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, malam Ahad.

Gol kemenangan itu dihasilkan Benteke menerusi sepakan penalti pada minit ke-95.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain Palace, Damien Delaney mengasari Benteke di dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki empat minit.

Terdahulu, pasukan tuan rumah mendahulu menerusi jaringan Joe Ledley pada minit ke-48.

Namun, Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Roberto Firmino pada minit ke-72.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool menundukkan Palace buat pertama kalinya sejak 1997 dan melonjak ke tangga ketujuh.

The Reds kini mengutip 44 mata, ketinggalan tiga mata dibelakang Manchester United yang berada di tempat keenam.

Palace pula kekal di tangga ke-15 dengan mengutip 33 mata daripada 29 perlawanan.


Artikel Lain