suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roma Benam Fiorentina, Rampas Tangga Ketiga

Perotti meraikan jaringannya.

ROM: Roma mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut dalam Serie A, apabila menundukkan Fiorentina 4-1 awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu menyemarakkan lagi kempen Roma untuk melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Jaringan penyerang pinjaman Stephan El Shaarawy, dua gol oleh Mohamed Salah dan Diego Perotti sudah cukup untuk membantu skuad kendalian Luciano Spalletti mengurangkan jurang dengan pendahulu Juventus kepada lima mata.

Roma kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 56 mata.

Susulan kekalahan itu, Fiorentina pula jatuh ke tangga keempat, tiga mata di belakang Roma dan ketinggalan lapan mata daripada juara bertahan, Juventus.

Ia adalah kemenangan kedua buat Roma ketika bertemu Fiorentina pada aksi liga musim ini.

Namun, mereka tewas kepada Fiorentina dua kali pada saingan Liga Europa dan Piala Itali.

Artikel Sebelum

Artikel Lain