suria

Jika Ke Real Madrid, Maradona Mahukan Neymar Dan Messi

Maradona
AKHBAR Sepanyol Mundo Deportivo melaporkan bahawa Diego Maradona mahu menjadi jurulatih Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane yang kini menggalas tugas tersebut.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Maradona mahu membawa masuk Lionel Messi dan Neymar ke Santiago Bernabeu.

Jika benar Maradona akan membimbing Real Madrid, Manchester United mungkin gagal dalam usaha mereka untuk mendapatkan Neymar. Ini kerana United sudah menunjukkan keinginan untuk membeli penyerang berusia 23 tahun itu dengan tawaran lumayan pada musim panas lalu.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh bapa Neymar, Neymar santos Senior, awal Februari lalu. Katanya, United bersedia membayar 190 juta Euro untuk menandatangani perjanjian dengan kapten pasukan Brazil itu.

Namun Maradona yang sudah empat tahun menganggur setelah meninggalkan kelab Al Wasl menunjukkan keyakinan bahawa dia mampu memujuk Neymar ke Bernabeu.

Maradona yang menjadi wira Argentina ketika menjuarai Piala Dunia 1986 mengakui bahawa Neymar lebih selesa bermain di bawah bimbingannya berbanding Zidane.

Begitu juga dengan Messi, pemain yang sama negara dengannya di mana Maradona optimis bahawa penyerang dengan gelaran La Pulga itu mahu mengikut jejak langkahnya dengan meninggalkan Camp Nou walaupun bakal berdepan krtikan daripada Catalans kerana dianggap pengkhianat.

Maradona begitu berjaya sebagai pemain, terutama ketika menjadi bintang kelab Serie A, Napoli pada 1984-1991.

Namun, kejayaannya sebagai pemain tidak setanding kejayaan yang ditunjukkan sebagai jurulatih. Ketika menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Argentina pada Piala Dunia 2010, Argentina terpaksa menanggung malu apabila kalah 0-4 kepada Jerman.

Maradona, Real Madrid

Artikel Lain