suria

Liga M: Baddrol Yakin Kemampuan Kedah

Baddrol Bakhtiar.

BINTANG Kedah Baddrol Bakhtiar yakin sembilan muka termasuk seorang penyerang dari Brazil memiliki kemampuan untuk mencabar mana-mana pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kemampuan rakan sepasukannya yang berjaya menjuarai Liga Premier musim lalu selain penambahbaikan yang dilakukan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Kehadiran penyerang baru dari Brazil Carlos Kahe, lima pemain daripada skuad Harimau Muda dan tiga pemain tempatan yang turut didaftarkan dalam skuad 25 pemain membuktikan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe telah melakukan perisapan rapi bagi menghadapi cabaran getir Liga Super 2016.

“Apa yang terbaik ialah kini kesemua pemain terpaksa memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kecergasan dan prestasi terbaik.

“Tidak ada pemilihan secara automatik ataupun nama sahaja bakal menjamin kemampuan seorang pemain berada dalam kesebelasan utama. Tetapi kerja keras dan kesungguhan bakal menarik perhatian Tan,” katanya.

Baddrol yang baru pulang dari London untuk berbulan madu mula menjalani latihan dan kelihatan gembira bersama rakan sepasukan lain.

“Saya mahu memastikan yang terbaik demi kejayaan Kedah. Oleh kerana itu saya tidak mahu ketinggalan untuk menjalani latihan yang telah di sediakan oleh Tan dan pembantunya Mohd Nidzam Adzha Yusof.

“Saya yakin pasukan musim ini memiliki barisan pemain yang lebih mantap, lebih berpangalaman dan bersemangat demi memparbaiki pencapaian musim lalu setelah berjaya menjuarai Liga premier serta melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Walaupun kalah kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu namun pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh ramai pemain muda Kedah pasti akan membantu pasukan menghadapi cabaran musim ini,” kata Baddrol.

Baddrol Bakhtiar, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Portugal

Artikel Lain