Gol Ibe Bantu Liverpool Atasi Stoke City - Sukan | mStar

Gol Ibe Bantu Liverpool Atasi Stoke City

Ibe meraikan jaringan bersama dengan Alberto Moreno.

JARINGAN Jordon Ibe pada minit ke-37 membantu Liverpool menewaskan Stoke City 1-0 di Stadium Britannia pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeri, awal pagi Rabu.

Di sebalik kemenangan itu, Liverpool dibelenggu masalah kecederaan apabila Philippe Countinho dan Dejan Lovren terpaksa dikeluarkan pada babak pertama selepas mengalami kecederaan hamstring.

Coutinho mengalami kecederaan itu ketika melakukan hantaran silang manakala Lovren tercedera ketika melungsur dalam persaingan dengan Xherdan Shaqiri.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kini adalah berapa lama tempoh mereka terpaksa direhatkan.

Kedua-dua pemain ini bakal menambah senarai pemain yang tercedera seperti Jordan Henderson; penyerang, Daniel Sturridge dan Divock Origi serta pertahanan Martin Skrtel.

Walaupun berlaku penambahan dalam daftar senarai pemain yang cedera, Klopp terpaksa mencongak strategi baharu untuk pasukannya selepas turut tewas 0-2 kepada West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Selain Lovren, benteng pertahanan Liverpool turut kehilangan Mamadou Sakho yang masih tercedera manakala Kolo Toure kembali beraksi.

Liverpool akan bertemu semula dengan Stoke pada perlawanan kedua separuh akhir pada 26 Januari ini di Anfield dalam usaha menempah tiket ke aksi final.


Liverpool , Jordon Ibe , Piala Liga

Artikel Sebelum

"Saya Akan Ke England" - Guardiola

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga, Rabu

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel